Wednesday, May 9, 2007

Hadis Nabi yang sebenar


Firman Allah, "Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab" (39:23). Kitab yang dimaksudkan adalah al-Qur'an, yang diturunkan kepada Nabi Allah yang terakhir, Muhammad. Kitab tersebut diturunkan kepada baginda untuk dipanjangkan kepada seluruh manusia.

Maka baginda, dengan cara lisan terutamanya, menyampaikan kandungan Kitab kepada orang-orang di sekelilingnya. Justeru, seluruh kandungan kitab Hadis Allah yang diterima merupakan Hadisnya juga.

Dalam kandungan Kitab tersebut, terdapat ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul yang lazim diterjemah kepada katakanlah. Dengan itu, Allah menyuruh Nabi atau orang-orang mukmin mengatakan sesuatu kepada orang-orang tertentu atau umum.

Oleh yang demikian, mungkin tidak keterlaluan menyifatkan ayat-ayat tersebut sebagai Hadis Nabi, umpama istilah yang selalu disebut dalam masyarakat Islam, tetapi merupakan hadisnya yang sebenar dan muktamad.

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul di dalam al-Qur'an didapati banyak. Kesemua telah dikumpul menurut kronologi, dan kemudian, perkara-perkara penting di dalamnya dijadikan tajuk-tajuk kecil, juga disusun menurut kronologi, seperti yang dipaparkan di halaman ini.

Kerana bilangan yang begitu banyak, maka ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan Nabi, atau dengan situasi di negara ini pada hari ini, telah diketepikan. Misalan, ayat al-Qur'an yang pertama mengandungi kalimat qul (2:58). Kemudian, daripada ayat-ayat yang tinggal, dibuat pilihan lagi supaya pembentangan halaman ini tidak menjadi terlalu panjang.

 

blogger templates | Make Money Online